Wednesday, March 26, 2008

MAKANAN SUNNAH

BUAH DELIMA:
Buah delima baik untuk kerongkong,dada,dan paru-paru.Baik untuk mengubat batuk.Ia juga membantu meningkatkan stamina.Berguna mengubat radang usus,mencegah muntah,mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

KURMA:
Kurma dapat menguatkan hati,melancarkan buang air besar,menyembuhkan radang kerongkong.kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak kurma kerana memberi khasiat dari segi pembesaran,sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.Amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.Kurma merangsang wanita yang hamil dan anak yang dikandung,memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

BUAH ZAITUN:
Zaitun boleh mengatasi racun,melapangkan perut,mengeluarkan cacing,menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kolestrol dalam badan.

ZA'FARAN:
Sejenis tumbuhan ubat yang terkenal dan diamalkan dalam perubatan ibnu Sina.Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.

BUAH TIN:
Buah tin boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang,juga sebagai anti racun.Buah tin termasuk buah yang paling tinggi zatnya.Baik untuk mengatasi sakit kerongkong,dada,mencuci hati dan limpa,membersihkan kahak,dan melancarkan buang air kecil.

HABBATUS SAUDA:
Khasiat Habbatus sauda diketahui melalui hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam.Rasulullah bersabda:Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam(mati).

MADU:
Al-Quran mengiktirafkannya sebagai Asy-Syifa' iaitu penyembuh penyakit.Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin,mineral,protien,antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental.Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium,sulfur,fosforus,zat besi,karbon,magnesium,potassium(kalium)kuprum,silika,dan lain-lain untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental.Rasulullah bersabda''Siapa ingin menghafal,hendaklah ia minum manisan madu''.

KISMIS:
Kismis atau buah zabib baik untuk sesiapa yang menghafal di samping dapat menghilangkan keletihan,menguatkan urat saraf,meredakan kemarahan,mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.